Nama saya Stephano Gonzalez, seorang rahib kesatria dari
Kesatria Order Hospitaller cawangan Kota Konstantinople. Di kota
ini, saya dilantik oleh Maharaja Konstantin mengetuai pertahanan kota di Menara Selatan. Saya
berasa bangga kerana dapat berkhidmat untuk Maharaja Empayar Suci dan agama
Kristian. Saya selalu berdoa kepada Tuhan Jesus agar menerima bakti saya supaya
saya diredhai di dalam kehidupan yang abadi kelak.
Namun, peristiwa perang pada kali ini benar-benar mencabar iman dan ketabahan saya. Saya berharap catatan ringkas ini dapat dijadikan iktibar oleh keturunan kita yang akan datang.
Apabila telah datang kebenaran, hendaklah kita terima dengan penuh rasa penyerahan.
Hanya kepada Tuhan saya kembalikan urusan dunia saya. Biarlah Dia yang menentukan baik buruk di atas pekerjaan yang telah saya lakukan di alam dunia yang serba fana ini.
April 1, 1453.
Hari ini ialah Hari Easter. Seluruh warga Kota Konstantinople berlutut tafakur di dalam dan di luar Gereja Kebijaksanaan Suci. Kami menyanyikan gospel dan carol merayu penjelmaan Tuhan Jesus, memohon menyelamatkan ibu
Pada keesokan hari, seluruh warga kota berasa bimbang
apabila peninjau pertama dari penjuru timur kota menghantar laporan kepada
Maharaja Konstantin menyatakan bahawa kontinjen pertama musuh telah kelihatan
di ufuk timur. Saya segera memanjat bumbung Menara Timur. Saya melihat
panji-panji Empayar Turki Uthmaniah berkibar megah mengiringi ancaman perang ke
atas kota suci
ini.
Dengan bantuan teropong jauh, saya dapat melihat dengan jelas sepasukan kontinjen yang kelihatan elit berbanding kontinjen-kontinjen lain. Di tengah-tengah kontinjen elit itu, saya dapat melihat Sultan Muhammad menaiki seekor kuda lengkap dengan alat-alat perang. Dia dikelilingi satu platun Janissari. Salah seorang Janissari itu ialah Hagen Johansen.
Saya kenal perajurit itu kerana dahulu dia seorang rahib kesatria dari Kesatria Order Hospitaller cawangan Kota Venice. Kami pernah berbalah sewaktu berbincang tentang tindakan Ketua Agama Kristian, Pope Urban II, kira-kira 400 tahun lalu, yang telah menghapuskan Kesatria Order Templar dengan membunuh semua rahib kesatria yang menganggotai order itu di atas tuduhan kononnya mereka telah menyeleweng daripada ajaran Kristian dan pernah berpihak kepada Tentera Ayubiah di dalam Perang Salib sehingga Kota Suci Baitul Muqaddis telah jatuh semula ke tangan orang-orang Islam.
Hagen berpendapat, Kesatria Order Templar tidak bersalah. Mereka telah difitnah oleh Istana Perancis kerana kononnya anggota-anggota Order itu telah mengumpul kekayaan yang mewah hasil rampasan Perang Salib yang tidak diserahkan kepada Raja Perancis. Raja Perancis tidak berpuas hati kerana baginda telah menjadikan istananya sebagai markas mengumpul rekrut untuk Perang Salib. Semua kesatria yang terlibat di dalam perang suci mesti menyerahkan sebahagian harta rampasan perang kepada baginda. Walaupun kesatria dari order-order lain ada menyerahkan harta rampasan Perang Salib kepada Istana Perancis, tetapi Kesatria Order Templar tidak berbuat begitu.
Di dalam suatu pertempuran di Antioch kira-kira lima tahun lalu, Hagen telah ditawan oleh sepasukan Janissari. Dia menyerah diri kepada pasukan Turki. Semasa di dalam tawanan, saya dengar khabar melalui seorang musafir dari Antioch, menyatakan bahawa Hagen telah murtad memeluk agama Islam di bawah bimbingan Yazid Ogul, seorang panglima terbilang Empayar Turki Uthmaniah berbangsa Hungary yang mengetuai satu briged Janissari anak-anak Eropah.
Rupa-rupanya, Sultan Muhammad sendiri yang mengetuai tindakan perang terhadap ibu kota empayar suci ini. Selama tiga hari berturut-turut saya menyaksikan kebanjiran Tentera Turki memenuhi
Saya menganggarkan mereka berkekuatan seramai 80,000 orang atau lebih. Armada laut mereka berkekuatan 70 buah friget, 50 buah pembinasa dan 30 buah ghali bekalan. Angkatan darat mereka membawa satu kontinjen 70 buah meriam mortar yang setiap satu ditarik oleh sekumpulan seladang. Saya dapat melihat kemunculan sebuah meriam mortar terbesar yang belum pernah saya saksikan sebelum ini di mana-mana
Kota Konstantinople tidak memiliki meriam sehebat itu. Bagaimanakah pasukan kami boleh menjaga pertahanan
Keputusan berperang telah muktamad. Maharaja Konstantin menolak mentah-mentah tawaran Sultan Muhammad supaya menyerahkan Kota Konstantinople kepada Empayar Turki Uthmaniah. Bahkan Sultan Muhammad sendiri menjamin keselamatan Maharaja dan seluruh warga
Tawaran Sultan tidak boleh dipenuhi Maharaja kerana dengan berbuat begitu, akan lenyaplah Empayar Suci Romawi Timur Bizantium dari peta dunia, akan terkuburlah kemegahan agama Kristian di bumi Anatolia. Maharaja Konstantin beriltizam bahawa Empayar Suci Romawi Timur tidak boleh luput sebagaimana yang telah berlaku ke atas Empayar Suci Romawi Barat kira-kira 1000 tahun lalu akibat rempuhan musuh kaum gasar bangsa Visigoth beragama pagan.
Bantuan daripada negara-negara Kristian telah diminta. Namun mereka mempunyai masalah sendiri-sendiri dan tidak upaya mengirim pertolongan. Negara-negara Eropah Timur tiada sumber kekayaan untuk membiayai ekspedisi tentera yang mahal. Negara-negara Eropah Tengah dilanda wabak penyakit ‘Maut Hitam’ dan bencana kebuluran. Negara-negara Eropah Barat seperti
Dengan dorongan dan restu Pope Callistus III di Vatican, kerajaan-kerajaan Genoa dan Venice telah mengirim bantuan tentera tambahan yang diperlukan untuk menguatkan pertahanan Konstantinople, meskipun mereka sendiri dihambat masalah ekonomi dalam negeri.
Kota Konstantinople berdiri di atas sebuah tanjung bercabang tiga. Di sebelah barat yang menghala ke daratan, sebuah parit dan tembok batu tiga lapis membentengi pertahanan
Kami boleh berperang. Bolehkah kami menang?
April 6, 1453.
Pasukan Turki melancarkan serangan pertama. Meriam-meriam mortar jarak jauh Turki membedil pertahanan
Pasukan Turki meneruskan pengeboman besar-besaran setiap hari. Penghuni-penghuni
April 18, 1453.
Saya melihat Sultan mengarahkan serangan bom mortar ke atas Tembok Mesoteichion, suatu unjuran struktur kota merentasi Sungai Lycus di bahagian Tanjung Tanduk Emas. Di situlah tempat Maharaja Konstantin bersemayam, dengan dikawal oleh satu briged askar bangsa Greek terhandal. Setelah empat jam berlalu, serangan dibatalkan dengan tembok tersebut kekal utuh.
Di laut sebelah utara, serangan musuh beberapa kali ke atas parameter birai kabel-kabel besi turut menemui kegagalan. Benteng sempadan utara tidak dapat ditembusi. Tentera Laut Genoa mengekalkan kawalan dengan menggandakan kekuatan di situ.
Kota Konstantinople memang kebal!
April 22, 1453.
Pada hari ini, saya menyaksikan suatu kejutan yang luar biasa di pihak tentera musuh.
Musuh mungkin telah menganggap bahawa pertempuran dengan Tentera Laut Genoa tidak berkesan kerana dihalang birai air kabel besi. Di dalam mana-mana pertempuran laut terbuka, Tentera Laut Genoa menggunakan semburan api untuk membakar kapal-kapal musuh, manakala Tentera Laut Turki menggunakan roket yang meluncur di atas air atau torpedo untuk melubangkan dinding-dinding garis air kapal-kapal musuh. Birai air kabel besi menghalang serangan torpedo. Tanpa birai air, serangan torpedo akan lebih berkesan.
Sultan Muhammad mungkin telah mengkaji topografi kawasan yang menghubungkan kawasan tanjung dengan tanah besar; lebar 7 batu dan ada sebuah rabung setinggi 50 kaki dari paras air. Kawasan leher tanjung itu berada di luar parameter
Saya melihat Sultan mengerah sepasukan perajurit membawa beberapa kumpulan seladang menarik sejumlah 70 buah friget bergelek di atas gandar-gandar kayu bulat dari bahagian tanah selatan kota yang ditawan ke sebelah dalam perairan parameter birai air kabel besi di sebelah utara. Dengan memindahkan kapal-kapal perang mengikut jalan darat dan meletakkan semua kapal perang itu di sebelah dalam parameter birai air kabel besi, Tentera Laut Turki dapat bertempur melawan Tentera Laut Genoa dengan lebih berkesan. Serangan torpedo musuh tidak dihalang oleh birai air kabel besi kami.
Tembok Mesoteichion di Tanjung Tanduk Emas terbuka kepada pukulan maut serangan meriam berkuasa besar kapal-kapal laut Turki dalam jarak dekat!
Perajurit-perajurit pengawal kota menyaksikan usaha tentera musuh dengan rasa kagum dan gerun. Nasib kapal-kapal Tentera Laut Genoa telah putus. Torpedo-torpedo Turki telah melubangkan garis air kapal-kapal
Rempuhan bom-bom granit ke atas tembok-tembok kota tidak putus-putus. Bekalan makanan dan peluru berkurangan. Pembesar-pembesar kerajaan menasihatkan Maharaja supaya lari dari
Namun, Maharaja berkeras ingin kekal di dalam kota untuk menjaga moral warganya. Dia sendiri ingin bersama perajurit-perajuritnya mati syahid mempertahankan ibu
Pada suatu malam, ribut kencang mengiringi hujan lebat melanda perairan Selat Bosforus. Saya melihat sebuah patung Tuhan Mary yang terletak di luar Gereja Kebijaksanaan Suci dirempuh angin kencang dan jatuh berkecai di atas bumi. Saya menafsirkan peristiwa itu sebagai isyarat keruntuhan Kota Konstantinople yang telah ditaqdirkan oleh Tuhan Yang Maha Agung.
Oh, Tuhan Jesus, engkau tidak mahu muncul menyelamatkan kami sebagai Messiah yang ditunggu-tunggu kerana engkau telah memilih kekalahan untuk kami sebagai taqdir yang terpaksa kami terima!
Oh, Tuhan Mary, alangkah pahitnya hati ini untuk menerima taqdir buruk ini!
Oh, Tuhan Yang Maha Agung, apakah ini balasan keimanan kami yang tinggi terhadapMu di dalam usaha kami mempertahankan empayar suci agamaMu!
Jawablah, oh, Tuhan-tuhan kami.
Kami masih bertahan. Walaupun serangan hebat dilancarkan setiap hari, tetapi tidak seorang pun askar musuh yang dapat masuk ke dalam
Selama sebulan kami bertahan di dalam kota. Kami hampir keputusan makanan dan peluru.
Mei 28, 1453.
Pada subuh hening ini, saya gempar bila melihat kemunculan beberapa kontinjen tentera musuh tanpa pakaian seragam terdiri daripada bangsa-bangsa Itali, Slav, Jerman, Greek dan Turki. Mereka ialah askar-askar upahan Bashibazuk yang mungkin telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad dengan upah harta rampasan perang isi
Alur-alur yang digali telah tiba di kaki tembok. Meriam-meriam mortar jarak dekat telah ditarik betul-betul menghadap tembok-tembok
Kontinjen Bashibazuk yang membawa tangga-tangga kayu segera menyandarkan tangga-tangga itu ke dinding tembok. Kami mencurahkan minyak panas mendidih kepada askar-askar upahan yang berusaha memanjat tembok. Ramai yang melecur kepanasan, jatuh ke tanah, cedera parah atau mati serta-merta.
Kontinjen meriam mortar di darat yang dikendalikan oleh unit-unit artileri musuh terus membedil tidak putus-putus ke arah tembok-tembok pertahanan. Tentera Laut Turki turut melancarkan serangan meriam ke atas tembok-tembok
Serangan pasukan Bashibazuk semakin lemah. Saya melihat beberapa rejimen infantri musuh diiringi pasukan pancaragam mara ke hadapan menggantikan lapis pertama serangan Bashibazuk. Beberapa bahagian tembok telah runtuh rompong. Kami berasa cemas.
Askar-askar di bahagian tembok kota yang rompong telah digandakan. Saya melihat beberapa puluh orang infantri musuh berhasil menembusi tembok
Kami percaya bahawa kejayaan kami itu sementara sahaja. Sultan tentu mempunyai rencana untuk mengatur serangan baru. Kami bertungkus-lumus menutup tembok
Panglima muda itu dibantu oleh Hagen. Pergerakan taktikal mereka diiringi permainan pancaragam perang. Barisan mereka tetap mara ke hadapan menghampiri tembok meskipun beberapa orang tumbang maut dimamah peluru, tombak dan anak panah kami. Pekerja-pekerja yang berusaha menampal bahagian tembok yang rompong, segera melarikan diri, meninggalkan tempat kerja mereka tanpa kawalan. Maharaja dan askar-askar
Pada ketika itu, Maharaja menerima berita bahawa Laksamana Giustiniani telah cedera parah. Perutnya tertusuk puing tiang layar setelah kapalnya dibedil dengan hebat oleh meriam Tentera Laut Turki. Laksamana itu tiada harapan sembuh. Pertahanan laut telah binasa!
Kami yang di dalam kota berasa gerun melihat kemaraan penuh berani pasukan Janissari meskipun rakan-rakan sebelah-menyebelah mereka tumbang dirempuh peluru meriam. Mereka tidak takut mati!
Mereka berhenti mara. Permainan pancaragam mengubah rentak muzik. Pasukan Janissari mengeluarkan rifel. Panglima Yazid mengeluarkan arahan tembak. Semua anggota askar elit itu melepaskan tembakan ke arah kami yang berselindung di balik tembok. Setelah itu Panglima Yazid berteriak memberi arahan menyerbu
Pasukan Janissari serentak menghunus pedang dan menyerbu bahagian kota yang rompong. Mereka berjaya menceroboh masuk ke dalam
Penghuni kota yang perempuan, kanak-kanak, orang tua dan berpenyakit telah diarahkan oleh Maharaja agar berlindung di dalam gereja. Kami terus berjuang untuk membela nasib rakyat jelata
Ketika kami sedang bertarung dengan pasukan Janissari, pintu utama kota telah dibuka dari dalam. Kami melihat seluruh pasukan infantri musuh menyerbu masuk ke dalam
Saya melihat Maharaja dan askar-askar kota yang bertempur di barisan hadapan terus diasak oleh musuh sehingga akhirnya saya tidak dapat melihat lagi kelibat Maharaja. Seluruh pasukan musuh terus menduduki segenap penjuru
Bendera Empayar Bizantium diturunkan. Bendera Empayar Turki Uthmaniah dinaikkan. Lenyaplah sudah Empayar Suci Romawi Timur Bizantium dari muka bumi.
Saya melihat Sultan Muhammad menunggang kuda memasuki kota dengan penuh rasa bangga dan megah di atas kemenangan bala tenteranya. Seluruh warga
Sultan bertitah menyatakan bahawa Kota Konstantinople tidak akan dirompak sebagaimana kaum Visigoth pagan merompak Kota Rom Barat. Seluruh warga bebas menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak dijadikan tawanan perang.
Kota Konstantinople dijadikan ibu kota dan pusat pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah. Konstantinople diberi nama baru, iaitu
Julai 1, 1453.
Gereja Kebijaksanaan Suci telah diubahsuai oleh Sultan menjadi sebuah masjid yang dipanggil Masjid Agung Hagia Sophia. Masyarakat Kristian telah dianugerahkan sebuah bangunan baru yang diubah menjadi sebuah gereja.
Nasib Maharaja sungguh malang. Tubuhnya ditemui dalam keadaan tiada kepala, mungkin telah terpenggal semasa melawan asakan tentera musuh. Kepalanya telah dijumpai orang di celah-celah mayat pengawal-pengawal peribadinya yang berbangsa Greek. Mayat baginda telah dimakamkan di perkuburan masyarakat Kristian dengan penuh istiadat kebesaran maharaja.
Hagen masih mengenali saya. Apabila berjumpa dengan saya, dia terus memeluk saya seolah-olah saya ini saudaranya yang baru kembali setelah lama berpergian jauh. Dia telah menawarkan saya supaya menyertai Janissari di bawah bimbingan Panglima Yazid. Saya menolak dengan baik tawarannya. Saya memberitahunya yang saya berhasrat untuk beruzlah di sebuah biara di hujung
Kepada seluruh umat agama langit, inilah catatan ringkas saya untuk pedoman anda. Selepas ini saya akan mengasingkan diri daripada urusan dunia.
Apabila saya telah menemui kebenaran hakiki, izinkanlah saya untuk berhijrah.
Saya tidak mengkhianati Kristian dan Tuhan Jesus. Bahkan, saya telah berusaha mempertahankan kedua-duanya dengan seluruh jiwa raga saya, dalam keadaan penuh derita dan seksa.
Sesungguhnya, saya adalah hamba Tuhan yang berusaha mencari keredhaanNya. Biarlah Tuhan menentukan keputusan nasib saya di akhirat kelak.
Inilah saya si faqir yang melarat,
Stephano Gonzalez @ Abu Yusuf As-Sufi
Istanbul, Anatolia Baru
31 Ogos 1453
TAMAT.
www.melayu.com, 3
Jun 2003
Hakcipta Terpelihara © Mohd Hamin Mastor 2003
Nota kaki:
- Naskhah ini telah ditulis dengan merujuk satu bab di dalam buku “When,
Where, Why and How It Happened” terbitan Reader’s Digest, 1993, yang
berjudul “1453 The Fall of Constantinople”. Ini ialah versi asal yang
semua watak, latar dan plot semata-mata melibatkan bangsa dan citra Eropah.
- Teks ini telah disiarkan buat kali
pertama di www.melayu.com pada 2003.
- Kredit kepada akaun Youtube ‘aksoyfilm’
untuk trailer filem “Fetih 1453” arahan Faruk Aksoy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan